Saturday 2 February 2013

"Allah" Tidak Diperjuangkan, Putrajaya Segalanya

 
PAS & DAP sering saling menuduh dan yang pastinya kita pengundi dapat lihat dengan jelas bahawa DAP konsisten dengan ungkapan dan polisi meeka. Contoh terbaik adalah kalimah Allah.

Anwar Ibrahim pula dengan mainan pidatonya. Lain ditanya lain yang selalu dijawab dan kita hanya akan rasa "climax" sekejap mendengar apa yang diperkatakannya tetapi jelas ini adalah taktik "Divert & Run" yang selalu diguna pakai oleh beliau dalam semua isu.Beliau juga terus degil dengan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas pada 8hb Januari 2013 sedangkan kenyataan terkini PAS (selepas keputusan Majlis Syura) adalah jelas dan beliau dengan pantas terus mengatakan isu ini selesai dan dipebesarkan oleh media.

Adakah DAP & PKR menghormati PAS dan pendirian perjuangan Islam? dengan jelas jawapanya tidak sama sekali untuk PAS mengharap pada DAP & PKR untuk agenda dakwah dan perjuangan Islam ataupun menjadikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia.
 


Sudah pasti DAP & PKR jelas melihat telatah orang-orang beragama dalam PAS yang lebih cenderung kepada kuasa politik dan tunduk kepada kemahuan politik lebih daripada perjuangan islam yang mereka harus perjuangkan. Tidakah PAS malu untuk diperlakukan sedemikian rupa? Agak malu untuk kita lihat sebuah Parti Islam yang gah satu masa dulu dengan perjuangan yang begitu jelas hilang arah kerana nafsu politik dan mimpi indah yang dijanjikan oleh sekutu mereka (DAP & PKR). 

 
Sehingga hari ini DAP tidak pernah mengubah kenyataan  mereka dan Lim Guang Eng lebih bijak dengan hanya berdiam kerana beliau tahu PRU 13 semakin hampir. Namun isu ini timbul semula apabila lawatan tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang yang dilihat bagi menjernihkan keadaan tetapi sebaliknya  yang berlaku. Semakin kelam kabut PAS dibuatnya dengan kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh yang jelas meminta PAS mengubah pendirian mereka.

Tambah pula dengan kedegilan PKR yang terus meletakkan tekanan kepada Presiden PAS. Mereka seolah-olah tidak dapat membezakan kenyataan terkini anatara tarikh 8hb January 2013 dan kenyataan tahun 2010 yang dibuat oleh PAS dengan ketetapan terkini oleh Majlis Syura (selepas tarikh 8hb Januari 2013) yang harus dipatuhi oleh Presiden PAS & semua ahli PAS.

"Why they  (PKR) can be so stupid? Is this the type of leader we want who hide a crystal clear issue in front of them and prefer to be in "DENIAL SYNDROME".They are known to be in denial for every mistakes they make personally or as a party. PKR at times can sound as stupid as they can be and we,the citizen shall not listen to such leader if not indeeed we are stupid just like them!!" Anonymous
 


Adakah PAS akan terus menyokong DAP yang jelas mahukan kalimah Allah dipermainkan dengan memberi kebenaran untuk Kristian menggunakan kalimah Allah? Begitu juga dengan kenyataan PKR yang jelas tidak mengiktiraf keputusan Majlis Syura tetapi sebaliknya dengan jelas meletakkan beban kepada Presiden Pas terhadap apa yang diungkapkan olehnya pada sidang akhbar 8hb January 2013 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Kepada ahli PAS, mereka kenal Presiden PAS tidak pernah membuat kenyataan akhbar dengan membaca teks kerana itu bukan sifat Abdul hadi Awang. Tetapi pada 8hb Januari 2013 beliau membaca teks ucapan keratan akhbar yang telah disiapkan dan diletakkan beban kapadanya untuk membaca kerana mereka (DAP & PKR) mahukan PAS terperangkap dengan mainan politik ini demi kuasa.Kerana itu juga mereka terus mendesak Presiden PAS mengambil tanggungjawab penuh dan mereka (DAP & PKR) telah berjaya mempermainkan PAS dalam hasrat mereka untuk mendapatkan sokongan gereja terhadap perjuangan politik mereka.

Semakin hari hari jelas Islam itu dinodai dengan sifat manusia yang jelas gilakan kuasa dan lupa adap bercakap benar dan dalam hal isu kalimah Allah ini siapakah yang sebenarnya menipu?



Presiden Parti Islam mengatakan DAP telah menerima penjelasan Nik Aziz dan Pengerusi DAP Karpal Singh jelas mengatakan mereka tidak sama sekali menyentuh isu kalimah Allah?

Kita pasti dengan jawapan yang bakal kita terima dari semua pihak terutamanya PAS & PKR bahawa kenyataan diputar belit.  

Sesekali diputar belit mungkin juga tetapi kalau dah selalu mengatakan orang putar belit kenyataan maka ianya jelas menunjukkan tuan punya badan itulah yang selalu putar belit!



Jika tidak dibincangkan kenapa pula pemimpin yang diangkat sebagai ulamak ini semua membuat kenyataan yang boleh dikatakan menipu? Yang jelas DAP tegas dan konsisten dalam percakapan mereka dan ramai orang  Islam juga lebih percaya apa yang diungkapkan Karpal Singh daripada Presiden PAS kerana beliau konsisten jarang menuduh media putar belit kenyataanya!.

Semakin hari Islam hilang serinya disebabkan sifat ulamak-ulamak yang mengejar kuasa politik..Bayangkan pandangan umum terhadap agama yang seharusnya mulia dan orang islam tidak harus berputar belit dalam percakapannya tetapi demi politi, islam entah kemana tetapi nafsu mengiringi mereka pada setiap percakapan mereka.

Pelik dengan apa yang sedang berlaku di PAS dan semakin kelam kabut pemimpin PAS untuk memastikan terus dilihat bersatu hati dengan DAP..retak menanti belah antara PAS & DAP..mungkin? 

Semakin berbelit belit setiap ungkapan pemimpin Islam kita seolah-olah Islam itu tidak akan berjaya didakwahkan tanpa sokongan politik orang bukan islam.!! Yang lebih padahnya bila terpaksa akur kepada kafir yang jelas menetang Islam dan kita pula mengatakan mereka menyokong Islam. Adakah kita pekak atau telah buta hati dalam minda kita dan lupa kepada Allah kerana kuasa politk dan nikmat dunia sebagai orang politik.

PAS perlu berjuang sendiri dan bukan denagn DAP & PKR. PAS akan lebih dihormati dan mampu menjadi alternatif terbaik bagi rakyat Malaysia dan dneagn tidak bersma DAP & PKT maka kuranglah juga putar belit dan lebih fokus kepada dakwah islam untuk rakyat Malaysia melalui perjuangan politiknya.  


Friday 1 February 2013

BN DIRAMAL MENANG BESAR PRU 13


Tidak dapat dapat dinafikan lagi bahawa BN akan pastinya menang besar dalam PRU 13. Pastinya segala jentera mereka telah digerakkan dan semua gerak kerja terlsaksana sudah bagi memastikan kemenangan mereka pada PRU 13 nanti. Mungkinkah mesej dibawah ini yang akan dilontarkan kepada para pembangkang terutama pakatan rakyat? Rakyat seronok ke pasar malam, pasar tani, jualan dan konsert dan mungkinkah kehadiran rakyat yang dikatakan meyokong mereka adalah sekadar keseronokan bagi rakyat melihat telatah dan sikap pemimpin mereka menjelang PRU 13..


Sudah pasti ahli ahli umno dan penyokong tegar mereka akan terus memberi sokongan dan talian hayat seterusnya untuk BN terus menerajui pemerintahan di Malaysia. Kebanyakkan analisa telah menunjukkan bahawan PRU 13 adalah sengit atau dikatakan peluang sama rata tetapi ini semua adalah analisa yang dibuat bersandarkan sentimen yang kurang jelas dan tidak berpaksikan kepada pengumpulan data sekurang-kurang 10% size data pengundi kita. 



Sebagai contoh, berapakah saiz maklumat data mereka. Umcedel melakukan analisa berdasarkan data makumat berjumlah 1,049 dan inikah yang dikatakan analisa yang mampu memberi gambaran sebenar pru 13? tidak mungkin.

Agak memalukan apabila mereka memberikan analisa yang dikatakan professional tetapi data yang yang digunakan tidak sedikit pun mengambarkan jumlah pengundi Malaysia berjuta pengundi.  Adakah dengan data sekadar 3,000 atau 5,000 atau 1,000 orang mampu memberikan satu analisa yang jelas?. Dan umum kita ketahui kebanyakkan analsia adalah dibuat oleh para "data collector".Bukan kita tak kenal ada masanya mereka hanya sekadar untuk mendapatkan info sahaja untuk mencukupkan syarat yang diwajibkan keatas mereka terutama bila pelajar universiti yang mengumpul data. Mereka dibayar upah dan hanya dengan mendapatkan makmuat ala kadar maka data tersebut akan diberikan kepada pensyarah mereka dan akhirnya mereka inilah yang bakal membuat analisa pru 13. 

Pastinya artikel ini memberikan kelegaan kepada penyokong barisan nasional untuk melihat BN terus memerintah negara. Segala yang yang diramalkan oleh penganalisa adalah umpama ramalan cuaca yang tidak pernah tepat kerana pelabagai faktor diluar kawalan dan ketidakmampuan mengumpul segala faktor yang menyumbang kepada hujan tidak dapat dikumpul sebaiknya oleh mereka dan begitu jugalah ramalan analisa politik pru 13 hanya omong omong kosong.

Yang pastinya BN akan menang besar dalam isu isu dibawah yang harus terus dibanggakan oleh penyokong umno dan cerita cerita ini akan menjadi TAJUK UTAMA SEMUA AKHBAR SELEPAS PRU13 SELEPAS BN MENANG BESAR DALAM PRU 13......

BN MENANG BESAR KAWAL MEDIA CETAK PERDANA
tetapi gagal kawal media baru.
 

BN MENANG BESAR KAWAL MEDIA ELEKTRONIC
tetapi gagal kawal media alternatif internet ITV sebagainya 



BN MENANG BESAR TABUR DUIT KEPADA PENGUNDI 
tetapi gagal kawal pilihan mereka untuk memangkah parti mana

 


BN MENANG BESAR KERANA JANJI DITEPATI 
tetapi gagal berjanji untuk memastikan kebajikan rakyat terjamin



Inilah faktor kemenangan yang akan membuatkan BN menang besar dalam pru 13 tetapi tidak menjamin mereka akan memerintah tetapi kejayaan BN adalah hanyan sekadar menjadikan pilihanraya pru 13 yang termahal dalam sejarah pilihanraya Malaysia.



Bagi Pakatan Rakyat pula jangan mendabik dada seperti rakyat telah bangun menyokong mereka kerana HIMPUNAN KL#112 tidak mencapai sasaran kebangkitan yang di laungkan.Mungkin juga kerana terlalu banyak menabur janji anda diumpamakan seperti "Buaya Darat" yang bertutur manis masa bercinta dan jahanam dikerjakan selepas dapat..jangan banyak berjanji kerana rakyat tahu yang banyak berjanji yang pasti gagal menunaikan janjinya.  

Jangan pula selepas PRU 13 terus disaman dan akhirnya menuduh rakyat tidak menyokong dasar kerana rakyat berpegang pada janji dan jangan jadi buaya darat yang lupa pada janjinya selepas dapat apa yang dimahukan oleh nafsu dirinya..

 
Jangan pula Pakatan Rakyat MENANG BESAR DALAM PRU 13 DALAM MEBERIKAN JANJI TERBANYAK PILIHANRAYA tetapi gagal membentuk kerajaan  kerana rakyat tidak percaya janji mereka kerana menampakkan nafsu kemaruk kuasa dan terus mempermainkan minda rakyat denagn janji kosong..

Memang mungkin betul peluang sama rata dan yang pastinya BN bakal menang besar!! Kepada pengundi, pilihlah manusia yang boleh dipercayai dan mewakili anda bukan parti kerana Malaysia harus lari dari sifat pemerintahan yang berasaskan kepartian sebaliknya politik berasaskan khidmat terbaik. Dasar perlembagaan perlu digubal untuk memastikan setiap ahli parlimen dan adun memiliki hak yang terjamin dalam perlembagaan dalam memerikan segala yang perlu kepadanya mengiut peruntukkan yang sama rata dan bukan adun BN dapat budget dan adun pkr tak dapat atau adun pkr dapat budget dan adun BN tidak dapat budget...fikirkan demi generasi akan datang..Selamat mengundi.