Friday 14 September 2012

Sultan Berzina



Sultan Pahang, HRH Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah merupakan Yang Dipertuan Agong Ke 7 Malaysia sejak 26 April 1979 sehingga 25April 1984. Baginda merupakan Sultan Pahang yang menaungi Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang atau lebih dikenali sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pahang. Disebalik peranan beliau sebagai seorang Sultan yang menerajui Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, seharusnya beliau memiliki nilai keperibadian yang tinggi mulianya bagi mewakili Agama Islam dan Masyarakat Melayu Negeri Pahang.




Carla Brizuela Shah & Dina Brizuela nama yang pernah menggegarkan Malaysia sewaktu baginda menjadi Yang Dipertuan Agong ke 7. Kisah ini dibongkar oleh malaysiakini pada tahun 2001 dan sudah hampir 11 tahun usia cerita ini.

Renungkanlah wajah mereka.

Dimanakah Carla Brizuela Shah yang berusia 19 tahun pada tahun 2001. Adakah hilang atau dihilangkan dari peta dunia agar sejarah yang tidak dibongkar dan diadili ini dipadam terus dari minda rakyat Malaysia? Nantikan kisah selanjutnya.

Persoalannya, bagaimana seorang yang pernah melakukan zina dan memiliki anak luar nikah bersama seorang wanita bukan Islam menjadi Ketua Agama Islam Negeri? Terpeliharakah Islam dibwah naungan mereka? Fikirkanlah..

Artikel Malaysiakini, 3hb Mac 2001


Sultan Pahang miliki anak luar nikah: 
Bekas jururawat Filipina


Sultan Pahang dituduh meninggalkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulitnya yang didakwa dengan seorang jururawat berbangsa Filipina pada awal 1980-an.

Gadis itu, Carla Brizuela Shah, 19, dan ibunya Dina Brizuela Cooper, 47, kini tinggal di California, Amerika Syarikat.

Dina mendakwa beliau dipaksa mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan Sultan Ahmad Shah ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984. Kata wanita itu, hasil hubungan itu beliau hamil tetapi baginda tidak mempedulikannya dan anaknya itu.

Sebagai menerima tanggungjawab bapa, baginda sebelum ini bersedia berunding dengan Dina untuk memberikan wang sebanyak RM10 juta sejak 1997 bagi menyelesaikannya.

Bagaimanapun, apabila rundingan dengan baginda, yang diwakili peguam Michael Chong, gagal, Dina membina satu [#1]laman web[/#] bagi mendedahkan ceritanya dan beberapa percubaannya yang gagal mendapatkan penerimaan baginda dan keluarga diraja.

Apabila dihubungi malaysiakini, Chong tidak bersedia mengulas hal ini.

"Saya tidak mahu mengulas perkara yang diterbitkan dalam sebuah laman web peribadi," katanya.

Dina memberitahu malaysiakini, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca rundingan itu gagal.

"Saya mahu sebarang perbincangan harus memasukkan tiga syarat," jawabnya dalam satu mesej yang dihantar melalui faksimili.

Syarat itu ialah pengiktirafan secara bertulis bahawa baginda sebagai bapa Carla, gadis itu dibenarkan melawat bapanya setiap tahun dan Carla diterima sebagai seorang anak sultan. Dina menegaskan wang bukanlah faktor yang mendorongnya berunding dengan baginda.

Bagaimanapun satu sumber yang rapat dengan Sultan menafikannya, dan menyebutkan rundingan itu gagal kerana Dina tidak bersetuju dengan jumlah yang ditawarkan oleh baginda.

"Jumlah terakhir yang ditawarkan kepada Dina dan Carla kira-kira RM10 juta. Dina, bagaimanapun, mahu Carla diterima sebagai sebahagian pewaris harta baginda," kata satu sumber yang sangat dipercayai.

Sumber itu menyebutkan baginda telah bersetuju memindahkan satu hartanah di Los Angeles kepada Dina bagi pihak anaknya.

Tempoh berahsia 10 kepada 20 tahun

Siasatan malaysiakini mendedahkan hartanah itu, sebuah rumah dengan enam bilik tidur di pinggir bandar yang hampir dengan kawasan mewah Beverly Hills, bernilai AS$1.1 juta (RM4.1 juta).

"Sultan juga menawarkan untuk membayar kira-kira AS$100,000 (RM380,000) kepada Dina dan juga AS$50,000 (RM190,000) setiap tahun dalam tempoh enam tahun bagi pelajaran Carla," kata sumber itu lagi.

Jumlah-jum lah ini disahkan dalam beberapa pucuk surat - semuanya didedahkan di laman web Dina - yang dihantar oleh Chong kepada peguam wanita itu di Amerika Syarikat.

Sumber itu turut menyebutkan sejak awal rundingan pada 1997, baginda telah membayar AS$130,000 (RM494,000) kepada Carla dan emaknya sebagai perbelanjaan mereka.

"Apa lagi yang mereka mahu? Baginda telah bermurah hati memberikan bantuan kewangan dan malah menerima Carla sebagai anaknya," kata sumber.

Dina berkata rundingan itu akhirnya putus hujung tahun lalu selepas baginda dan peguam-peguamnya menarik semula butir-butiran perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.

"Mereka tidak bersedia meneruskan sokongan kewangan seperti dipersetujui. Mereka juga mahu tempoh menyimpan rahsia (tentang hal ini) digandakan daripada 10 kepada 20 tahun selepas kemangkatan baginda," katanya.

Beliau berkata alasan menggandakan tempoh berahsia itu bertujuan menyembunyikan berita bahawa baginda adalah bapa sebenar Carla, sambil menambah rundingan itu juga gagal akibat mereka tidak bersetuju hak pusaka untuk anaknya.

"Kami telah jelaskan dari awal bahawa kami tidak akan bersetuju terhadap sebarang penyelesaian yang menafikan hak Carla untuk mendapatkan warisan selepas kematian ayahnya," kata Dina.

"Carla sedia menerima syarat pusaka ketika hayat baginda. Bagaimanapun sebarang tuntutan untuk menggugurkan hak, yang wajar dia dapat, sebagai prasyarat kepada penyelesaian tidak akan diterima."

Dina berkata pada rundingan terakhir, peguam baginda cuba "mengugut dan membuli" beliau dan Carla dengan cara menerima penyelesaian umum tetapi dengan menggugurkan semua hak Carla pada masa depan.

"Kami tidak bersetuju dan mereka pun meninggalkan mesyuarat itu."

Sumber itu menafikan hal itu dengan menjelaskan daripada awal, Carla dinafikan hak harta pusaka menurut hukum Islam.

Pertemuan dengan Carla

"Perkara ini jelas dari sudut undang-undang Islam. Seorang anak luar nikah tidak mempunyai hak mempusakai harta bapanya," kata sumber itu lagi, sambil menambah gadis itu tidak boleh dianggap anak yang sah pada pandangan agama.

Sumber itu menambah, baginda telah melawat Carla sebanyak dua kali dan ketika itu jika Dina ingin meneruskannya, rundingan itu mungkin berhasil.

Bagaimanapun Dina, yang mengesahkan baginda pernah bertemu Carla, berkata baginda tidak pernah menandatangani sebarang surat yang mengiktiraf Carla sebagai anaknya. Dina juga berkata beliau fikir baginda keberatan untuk memulakan atau meneruskan hubungan dengan Carla.

"Tidak pernah baginda atau anggota keluarganya menjawab surat-surat yang dihantar Carla atau saya. Mereka tidak pernah peduli untuk menerima panggilan telefon, menjawab kiriman faksimili atau apa sahaja," kata Dina.

Beliau berkata pada peringkat awal rundingan, satu tawaran dibuat kepadanya melalui surat bertarikh 18 Mac 1999.

Satu salinan surat itu, yang boleh diperolehi daripada laman itu, menyebutkan baginda akan memindahkan hartanah di Los Angeles kepada Dina sebagai pemegang amanah bagi pihak anaknya. Surat itu menyebutkan baginda bersedia membiayai pendidikan dan perbelanjaan dalam tempoh enam tahun mulai 1999.

Surat itu menghendaki Dina agar tidak membuat sebarang tuntutan pada masa depan berkaitan perhubungan silam antara baginda dengan gadis itu.

Sumber itu, yang rapat dengan keluarga diraja, berkata tawaran baginda yang disebutkan dalam surat itu sudah mencukupi untuk keselesaan ibu dan anak itu.

Bagaimanapun, sumber itu mendakwa surat yang diterbitkan dalam laman web itu tidak lengkap seperti salinan asal.

"Dalam surat asal, Dina telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima penyelesaian yang ditawarkan oleh baginda. Beliau bersetuju anak itu adalah hasil hubungan antaranya dengan baginda. Tetapi beliau kini mendakwa dirogol pula," kata sumber.

Sumber itu menambah, Dina hanya berminat mendapatkan wang dan ingin mendapat lebih daripada yang baginda tawarkan.

"Dina tidak berminat dengan kesejahteraan anaknya. Jika berminat, beliau tentunya sudah menerima wang dan hartanah itu. Wang itu mungkin boleh digunakan untuk pelajaran Carla. Beliau mahu kekayaan baginda dengan menjadikan Carla sebagai sebahagian pewaris pusaka. Beliau telah diberikan nasihat yang salah tentang hal ini. Undang-undang syariah tidak membenarkannya," tegas sumber itu.

Hak sebagai anak

Menjawab hal ini, Dina berkata Carla hanya ingin peluang mencari kemungkinan sama ada gadis itu mempunyai hak sebagai anak baginda di bawah undang-undang Islam atau peruntukan undang-undang lain.

"Ini tidak boleh dianggap dia (Carla) ingin menjadi anggota keluarga diraja atau tinggal di Malaysia, kerana dia sendiri tahu itu tidak akan mungkin dan tidak pula bersesuaian dengan pandangannya yang sederhana," kata Dina.

Sumber istana juga berkata Dina mahu semuanya disebut dalam perjanjian, bermula hak melawat hingga penerimaan Carla dalam keluarga diraja.
 










31 comments:

  1. Walaupun aku tak suka dengan sultan ni. Tapi tuduhan ini berat ikut syarak... perlu kemukakan 4 orang saksi yang adil... jika tidak ini adalah fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazaruddin Mohamad15 September 2012 at 01:51

      Kalau ada 4 saksi yang adil, agak-agaknya lah boleh ker hukuman dijatuhkan ke atas seltan ni? Dalam zaman serba moden ini, ujian dna pun sudah mencukupi untuk mengesahkan dakwaan tersebut iaitu dakwaan hubungan darah seltan ni dengan budak tu.

      Delete
    2. berat tak berat tuduhan kena ikut apa yang Allah perintahkan. Dalam Islam dah disyariatkan pendakwaan sangat berat nak dibuktikan. Hukum Allah ni sesuai sepanjang zaman. Termauklah zaman DNA ni. Allah dah tahu lama sebelum Dia ciptakan dunia ni yang DNA tu akan wujud. Tapi Allah tetap perintahkan 4 orang saksi. Fikir-fikirkanlah ...

      Delete
    3. janganlah menyempitkan pandangan Islam....Itu kalau nak jatuhkan hukum hudud....kalau nak pakai hukum takzir tak perlu nak ada 4 saksi!!! ujian DNA dah mencukupi....

      Kalau semua nak pakai 4 saksi habis lah para perogol semua terlepas...apakah ini adil dalam Islam...

      Fikir fikirkanlah...jangan nak jatuhkan maruah Islam semata mata nak membela Sultan...ingat Islam lagi tinggi dan mulia dari para sultan!

      Delete
    4. klu bab nuar ibrahim tu, dna ka, video ka, sume x bleh pakai.. bab sultan plak, dna pun mencukupi... dunia2...

      Delete
    5. Kenapa 4 saksi tetap diperlukan untuk tuduhan zina? Ini kerana ia perintah Allah. Jika tidak dikemukakan 4 saksi penuduh perlu di QAZAF jika gagal kemukkan bukti maka 80 sebatan dikenakan dan kesaksian tidak diterima... ini adalah ketetapan syarak yang tidak diamalkan di Malaysia namun tetap termaktub di dalam Perundangan Islam.

      Kenapa tak boleh pakai DNA untuk tuduhan zina? Pernah dengar permanian beradas? Tak perlu bersetubuhpun untuk mendapatkan anak. Malah boleh suruh perempuan lain mengandungkan benih ini. Ini sebabnya DNA tidak boleh digunakan di dalam aspek 'ZINA'... namun boleh digunakan untuk kes 'ROGOL', tidak perlu 4 saksi tetapi bergantung dengan aspek-aspek teknikal yang lain... perlu ditanya kepada ulama di dalam bidang ini.

      Kesimpulan: Hukum 'ZINA' masuk dalam hudud, 'ROGOL' masuk dalam hukum takzir.

      Yang aku faham:
      ZINA - pasangan saling suka menyukai perbuatan itu,
      ROGOL - dilakukan secara paksa, dan memang tidak disukai dan direlai oleh mangsanya.

      Tidak kiralah Anwar Ibrahim ke, Sultan ke, ahli UMNO ke, ahli Pakatan Rakyat ke.... tuduhan zina tanpa disertai 4 saksi tidak dibolehkan oleh syarak... itu perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW

      Sila rujuk ustaz yang lebih berkaliber menjelaskan perkara ini.

      Delete
    6. ustaz "berkaliber" mana lah yang hang rujuk ni??? Sesat lagi menyesatkan....kamu ni tambah mengelirukan orang tentang Islam...lain kali kalau ilmu cetek tak payah nak komen...

      Berkenaan dengan DNA itu, itu hanya sebahagian faktor yang diambil kira untuk hukuman takzir...bukanlah nak kata yang apabila confirm sahaja dna tersebut, maka sah orang tersebut penzina or perogol mengikut hukuman takzir...ada lagi pembahasan lain yang perlu diambil kira seperti adakah dna itu sengaja diletakkan, telah dicemari atau sebagainya....ada faham???

      and by the way...berkenaan permanian berhadas...ada pernah dengar ke orang yang kena tuduh (penzina or perogol) dengan sengaja memberi air maninya supaya boleh disumbat ke dalam XXX yang jadi mangsa??? Mana datang nya air mani tersebut??? ko ingat ni kambing/lembu ke boleh paksa paksa buat permanian berhadas???

      Apa yang ko faham tu menunjukkan yang ko TAK FAHAM....

      zina or rogol...kedua duanya apabila cukup syarat boleh dikenankan hukum HUDUD...ingat berkenaan syarat tersebut, seperti 4 orang saksi dan sebagainya....apabila syarat syarat hudud tidak dipenuhi...maka boleh pula dimasukkan dengan hukum takzir melalui pembuktian dna, saksi yang tidak cukup 4, rakaman video dan bukti bukti lain...

      Delete
    7. Betul².. Nak Menjatuhkan Tuduhan Zina ni keutamaannya mmg la memerlukan 4 saksi.. Tapi bukan ni sahaja pendekatannya byk lagi seperti DNA check, video, atau termengandung ke(bg perempuan yg mgkn sebelum ni terlepas pasal takde saksi).. Tapi perlulah disiasat lg kesahihannya seperti yg diterangkan oleh anonymous diatas..

      Delete
    8. hehehe ble anwar ibrahim punya hal punya la sibuk nk 4 org saksi.. yg ni xyh saksi pn xpe da bole jatuh hukum.. haha typical org MELAYU ISLAM MALAYSIA.. haha well.. hukum islam ni simple je.. ko ade 4 org saksi, boleh kne hudud.. xde 4 org saksi, kemukakan bukti2 yg kukuh (video cctv etc) then boleh kne hukuman yg laen.. simple as that..

      Delete
    9. Knapa kamu nie bodoh macam babi!!!....bla kamu mengentot..kamu panggil sakis tengkok km mengentot eyah???

      Delete
  2. klau apa yg diddahkn dlam blog ni btul psal kisah hitam sultan ni,nauzubillah...x sngka tol...

    ReplyDelete
  3. Tuduhan ni agak berat,lagipun portal Malaysiakini tidak kredibel kerana bias kepada pembangkang..walaupun aku sangat membenci kelakuan2 HARAMJADAH sultan2 Melayu era moden ini..perlukan hujah yang sangat2 SOLID lagi KREDIBEL menyokong dakwaan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazaruddin Mohamad15 September 2012 at 01:52

      cerita ni dah lama bro!

      Delete
  4. Yang lebih tragis ialah si Carla ni adalah seorang KRISTIAN. Kalau betul dia adalah anak luar nikah Sultan, bagaimana hendak menerima hakikat bahawa seorang Ketua Agama Islam Pahang dengan nasab keturunan Islam sudah menyebabkan nasab keturunan baru yang beragama KRISTIAN pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak luar nikah tidak termasuk dalam senarai nasab atau keturunan secara perundangannya... mana2 lelaki tidak boleh me-wali-kan anak perempuan luar nikah beliau.. tidak boleh menuntut hak fara'id ayahnya dan banyak lg.. fikir2kanlah..

      Delete
  5. Hmm jawap la nanti dgn Allah S.W.T kt dunia bleh tutup tp bila tiba hari PENGADILAN swing ar klau bleh hu3..Ya Allah Ya Tuhanku lingdungilah aku dr fitnah iblis dan syaitan laknatullah sesungguhnya aku takut akan siksa nerakaMu

    ReplyDelete
  6. Only Allah Can take and judge on this sultan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x....Seperti firmanNya dlm surah al Faatihah ayat 4 : Maalik Yawmid Din yg bermaksud : Tuhan di-Hari Pembalasan.

      Delete
  7. sultan perangai gini eh?aku silap taip tadi,syaitan perangai gitu.

    ReplyDelete
  8. Aku sayang blog ni yg berani dedahkan kebenaran..tp dgn kluarnya artikel trbaru ni..aku rasa hayat blog ni xkan lama..harap aku salah..

    ReplyDelete
  9. Jangan kita terlalu suka aibkan orang.. cerita ni pun dah lebih 10 tahun.. mari kita bersangka baik yg munkin sultan sudah bertaubat dan insaf,,, adakah kita ingin terus menghukum dan menghasur masyarakat untuk terus benci membenci..?

    ReplyDelete
  10. Taksub pd n.ajis boleh pula ya....hmmmmm...sahabat setan tu....

    Fikir-fikirkan...

    Penulis blog ni penyokong PR Juburi ( takpe video chinadoll tu besi, kata haji besi)

    Taksub boleh pilih-pilih ye.... Hurmmmm

    Cuba tulis plak pasal akhlak juburi, pemimpin agong korang, hehehe

    Mesti korang melenting lepas baca komen ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakikat besi tu lah yg akan menusuk nusuk aljuburi dan n.ajis bila tiba hari pembalasan dari Allah SWT kelak kerana kemunafikan mereka.

      Delete
    2. wow...akhirnya ada juga geng2 lembu kondo terlepas di sini....

      welkam..wakakaka...

      sudah makan rumput ka?kalau belum, depan rumah wa banyak, masih belum potong....gua simpan utk lu and the geng..

      john jenin

      Delete
    3. john mat jenin kepanasan kena tusuk oleh hakikat tejam besi kerana mempertahankan golongan munafik....siang malam tak boleh tido ...padan muka!!!...wakakakaka.....

      Delete
    4. Memang time jubor je, semua okay, nak takzirlah, dna pun tak nak kasi. Korang geng juburi tau tak? Setitik darah anwar sial tu boleh jadikan dia PM Malaysia, tak yah nak susah2 naik turun court, pergi Indon sebar fitnah, pergi cari cerita Scorpene dan buat kisah Altantunya... memang bodoh lembu2 pakatan ni...

      Besi tu esok yang akan tusuk jubor korang tau! BODOH MACAM LEMBU!

      Delete
  11. ada blog ada duit - lagi bagus
    baca blog ada duit - bagus
    ada blog tak ada duit - apa guna?
    update blog tunggu duit dalam dolar - memang bagus la

    https://uinvest.com.ua/?amigosid=16504
    nak baca boleh dialukan tiada paksaan, fikir dengan tenang dan buat keputusan. PM saya jika nak maklumat lanjut tak salah bertanya rugi jika biarkan berlalu.

    ReplyDelete
  12. Diharp semua mengerti tentang hukum Allah jgn main bedal je. Hukum bg menuduh tanpa 4org saksi adalah terbatal dan kesaksian tiadak diterima dan tuduhan gugur. Walau aku anti sultan tapi disini kita xblh mghukum dg membaca blog2.

    Disini ada 3stuasi.

    Pertama.. Kita yg xtahu ape2 dan tidak melihat tapi dh mghukum zina, jika kita tidak mmbawa dtg 4org saksi yg adil, baligh, islam dan berakal kita telah dikira menuduh dan blh dhukum sebat 80x.

    Kedua.. Situasi jika sultan Berzina atau merogol, maka baginda perlu mmbela diri utk mbebaskn tduhan. Disini jika dbuat ujian DNA dan lepas. Baginda xbersalah. Jika xlepas. Baginda perlu mengakuinya.

    ReplyDelete
  13. kalu skang nak cari saksi apa lagi...amik la DNA budak tu cek...kalu sepadan nak bukti apa lagi.

    ReplyDelete
  14. kalo tak buat kenapa dia nak bg duit plak? jeng jeng jeng

    ReplyDelete