Tuesday 18 September 2012

Elaun Raja-raja dan peruntukan untuk mereka

Malaysia in Crisis banyak menerima soalan yang bertanyakan mengenai elaun yang diterima oleh Sultan dan kerabatnya. Di dalam blog entry kali ini penulis cuba membuat anggaran kasar  jumlah peruntukan diraja dan privy purse (elaun peribadi) dan lain-lain elaun yang diterima oleh Raja-raja Melayu, Raja-raja Bergelar dan kerabat diraja serta Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri tidak beraja.

1. Peruntukan Diraja Yang Di-Pertuan Agong (Akta 269)
Mengikut Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, dinyatakan di sini anggaran perbelanjaan bagi peruntukan diraja Yang Di-Pertuan Agong.
 
Jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta 269
Peruntukan Diraja bagi Yang Di-Pertuan Agong mengikut Akta Peruntukan Diraja 1982, Akta 269 adalah termasuk:

1. Privy purse (elaun peribadi diraja), elaun keraian dan elaun Diraja Istana Negara kepada Yang Di-Pertuan Agong.

2. Privy purse (elaun peribadi diraja), elaun keraian dan elaun Diraja Istana Negara kepada Permaisuri Agong. 

3. Emolumen iaitu gaji dan elaun kakitangan istana.

4. Kos penyelenggaraan Istana Negara.

Peruntukan Diraja bagi Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta 269
Mengikut Jadual Satu Akta 269 (rujuk sebelah), Yang Di-Pertuan Agong menerima jumlah keseluruhan peruntukan elaun (privy purse, elaun keraian dan elaun diraja Istana Negara) sebanyak RM1,054,560 setahun atau RM87,880 sebulan.

Jadual Tiga Akta 269 pula menggariskan peruntukan bagi Permaisuri Agong: Privy purse (RM113,568), elaun keraian (RM36,504) dan elaun Diraja Istana Negara (RM46,800). Ini membawa kepada jumlah sebanyak RM196,872 atau RM16,406 sebulan bagi Permaisuri Agong.

Jadi, jumlah peruntukan diraja bagi Yang Dipertuan Agong, Permaisuri Agong serta gaji kakitangan Istana Negara dan kos penyelenggaraan istana adalah sebanyak = RM13.53 juta setahun.


2. Elaun-elaun Diraja (Akta 270) untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong dan bekas Permaisuri Agong
Elaun-elaun Diraja di bawah Akta Istana Negara (Elaun-elaun DiRaja) 1982, Akta 270 memperuntukkan elaun untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong sebanyak RM15,180 sebulan untuk seumur hidup.

Permaisuri Siti Aishah
Bagi bekas Permaisuri Agong pula akan menerima sebanyak RM4,500 sebulan untuk seumur hidup. Walau bagaimanapun, bagi Yang Di-Pertuan Agong yang mangkat semasa masih sebagai Agong, isterinya iaitu Permaisuri Agong akan menerima elaun bekas Permaisuri Agong sebanyak RM4,500 beserta keistimewaan-keistimewaan yang diberikan di bawah Jadual Dua Akta 270. 

Subseksyen 3(1) dan 3(2) Akta 270 menyebut:

3(1) There shall be paid to the Consort of a Ruler, who has held the office of Raja Permaisuri Agong, for the duration of her life, the monthly allowance specified in Part II of the First Schedule.

3(2) If the Yang Di-Pertuan Agong dies while in office, there shall be granted to his Consort who is holding the office of Raja Permaisuri Agong at the time of the death of such Yang Di-Pertuan Agong the allowances and privileges specified in the Second Schedule for the duration of her life in addition to the monthly allowance payable under subsection (1).
Akta Istana Negara (Elaun-elaun DiRaja) 1982, Akta 270
Ini bermakna Permaisuri Siti Aishah layak menerima elaun bulanan sebanyak RM4,500 disamping keistimewaan-keistimewaan lain di bawah Jadual Dua Akta 270 seperti di atas.

Jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk Elaun-elaun Diraja di bawah Akta 270
Jadi, jumlah elaun-elaun diraja yang diperuntukkan di bawah Akta 270 ialah sebanyak = RM1.27 juta setahun.


3. Peruntukan untuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Mesyuarat Majlis Raja-raja juga ada peruntukan tertentu
Kerajaan juga memperuntukkan jumlah tertentu kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Peruntukan ini termasuk menguruskan ketibaan dan keberangkatan balik Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja, elaun-elaun untuk mereka semasa menghadiri mesyuarat tersebut, emolumen kakitangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan lain-lain.

Peruntukan bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Jadi, jumlah peruntukan bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang menguruskan Majlis Raja-raja ialah sebanyak = RM1.80 juta setahun.


4. Peruntukan bagi Sultan dan Raja Bergelar
Setiap negeri-negeri Melayu beraja mempunyai Enakmen Peruntukan Diraja yang memperuntukkan sejumlah tertentu bagi Sultan, Raja Bergelar dan kerabat-kerabat yang layak menerima elaun yang ditetapkan. Enakmen ini juga memberi peruntukan untuk emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana Sultan.

Penulis tidak mempunyai salinan enakmen-enakmen tersebut. Walau bagaimanapun penulis akan cuba membuat anggaran kasar berdasarkan peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri yang diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan peruntukan diraja ini.

Merujuk kepada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 September 2005 yang meluluskan pindaan terhadap Enakmen Peruntukan Diraja (Kedah) 1981, kadar emolumen terbaru adalah seperti berikut:

Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah yang low-profile dan uzur
1. Sultan Kedah menerima RM52,600 privy purse dan RM15,480 elaun keraian, dengan jumlah sebanyak RM68,080 sebulan.

2. Sultanah Kedah menerima RM12,000
privy purse dan RM2,600 elaun keraian, dengan jumlah sebanyak RM14,600 sebulan.

3. Raja Muda Kedah menerima RM10,000
privy purse dan RM3,000 elaun keraian, dengan jumlah RM13,000 sebulan.

4. Raja Puan Muda Kedah menerima RM4,000
privy purse dan RM1,200 elaun keraian, dengan jumlah RM5,200 sebulan.

Tunku Bendahara Annuar Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Sallehuddin Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim
5. Tunku Bendahara menerima RM4,000 sebulan.
6. Isteri Tunku Bendahara menerima RM1,250 sebulan.
7. Tunku Temenggong menerima RM3,500 sebulan.
8. Isteri Tunku Temenggong menerima RM900 sebulan.
9. Tunku Laksamana menerima RM3,200 sebulan.
10. Isteri Tunku Laksamana menerima RM600 sebulan.
11. Tunku Panglima Besar menerima RM3,000 sebulan

Berdasarkan kadar-kadar di atas, peruntukan diraja bagi Sultan Kedah, Sultanah dan raja-raja bergelar Kedah adalah berjumlah RM1,41 juta setahun. Jumlah ini tidak termasuk peruntukan kepada Jemaah Pemangku Sultan serta Elaun Khas kepada Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah berikutan pelantikan Sultan Kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Juga tidak termasuk elaun kerabat yang diberikan kepada Kerabat Kategori 1 dengan kadar RM1,000 sebulan dan Kerabat Kategori 2 dengan RM500 sebulan.

Untuk memudahkan perkiraan, diandaikan 9 negeri-negeri beraja memperuntukkan jumlah yang sama, maka RM1.41 juta x 9 = RM12.69 juta setahun bagi bayaran elaun kepada Sultan dan Raja Bergelar.


5. Peruntukan bagi Emolumen Kakitangan Istana dan Kos Penyelenggaraan Istana
Sekali lagi penulis merujuk kepada peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri yang diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan peruntukan diraja bagi membuat anggaran kasar emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana.

Royal Automobile Gallery di Istana Alam Shah, Selangor
Mengikut laporan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Selangor bertarikh 17 November 2011, Enakmen Peruntukan DiRaja (Selangor) memperuntukkan RM4.49 juta bagi perbelanjaan emolumen kakitangan istana dan RM11.76 bagi perbelanjaan utiliti, bekalan dan penyelenggaraan istana untuk tahun 2011. Ini membawa kepada jumlah RM16.25 juta bagi pembayaran gaji dan elaun kakitangan istana serta kos keseluruhan penyelenggaraan istana. 

Jika dibandingkan dengan kos peruntukan yang diberikan untuk Istana Negara (rujuk perkiraan nombor 1), ternyata peruntukan bagi pembayaran gaji kakitangan istana serta kos keseluruhan penyelenggaraan istana bagi negeri-negeri beraja adalah lebih tinggi. Ini adalah kerana terdapat beberapa buah istana di sesebuah negeri. Sebagai contoh, Selangor mempunyai Istana Alam Shah, Istana Bukit Kayangan, Istana Darul Ehsan dan Istana Mestika.

Untuk memudahkan perkiraan, sekali lagi diandaikan 9 negeri-negeri beraja memperuntukkan jumlah yang sama, maka RM16.25 juta x 9 = RM146.25 juta setahun bagi pembayaran gaji dan elaun kakitangan istana serta kos penyelenggaraan istana di negeri-negeri beraja.


6. Peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan ketua bagi negeri-negeri tersebut iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Setiap kerajaan negeri memperuntukkan jumlah tertentu kepada Yang Di-Pertua Negeri di bawah Enakmen Civil List atau Peruntukan Diraja. Penulis mengambil contoh Enakmen Civil List (Sabah) 1963 sebagai contoh kes.
Senarai peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri Sabah di bawah Enakmen Civil List (Sabah) 1963

Orang Pahang jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka!
Ini bermakna Yang Di-Pertua Negeri Sabah menerima privy purse (elaun peribadi) dan elaun keraian dengan jumlah sebanyak RM367,770 setahun atau RM30,647.50 sebulan.

Jika ditambah dengan emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana Yang Di-Pertua Negeri bagi sesebuah negeri itu, jumlah keseluruhan peruntukan bagi seseorang Yang Di-Pertua Negeri ialah sebanyak RM604,130 setahun. 

Kita andaikan peruntukan yang sama diberikan kepada Yang Di-Pertua Negeri yang lain iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, maka keseluruhan peruntukan kepada keempat-empat 'orang biasa' yang diberikan taraf seakan raja ini ialah sebanyak RM604,130 x 4 negeri = RM2.42 Juta setahun.

Jadi, secara kasarnya jumlah peruntukan bagi keempat-empat Yang Di-Pertua Negeri ialah sebanyak = RM2.42 juta setahun.


Kesimpulan
Ringkasan daripada pengiraan di atas:

1. Peruntukan Diraja Yang Di-Pertuan Agong (Akta 269) = RM13.53 juta
2. Elaun-elaun Diraja (Akta 270) untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri = RM1.27 juta
3. Peruntukan untuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja = RM1.80 juta
4. Peruntukan bagi Sultan dan Raja Bergelar = RM12.69 juta
5. Peruntukan bagi Emolumen Kakitangan Istana dan Kos Penyelenggaraan Istana = RM146.25 juta
6. Peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri = RM2.42 juta

Anggaran keseluruhan jumlah peruntukan untuk raja-raja dan Yang Di-Pertuan Negeri ialah RM177.96 juta setahun.

Walau bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk elaun-elaun yang diberikan kepada kerabat-kerabat diraja (semua isteri-isteri bekas Sultan, anak-anak Sultan dan bekas Sultan dan kerabat-kerabat lain yang layak menerima elaun), kos keseluruhan Johor Military Force yang merupakan pengawal-pengawal istana Johor dan sebagainya.

Jika semua kerabat-kerabat diraja Johor tidak mengambil elaun mereka bermakna dianggarkan RM1.41 juta setahun dimasukkan ke dalam tabung Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Berapa pula peruntukan untuk JMF yang merupakan pengawal-pengawal kerabat diraja Johor? Kos JMF mungkin berkali-kali ganda daripada peruntukan gaji dan elaun Sultan, Raja-raja bergelar dan kerabat diraja Johor!

Jumlah RM177.96 juta setahun jika dibahagi dengan 1.7 juta pembayar cukai aktif (rujuk Sinar Harian bertarikh 11 September 2011 dengan artikel "Hanya 1.7 juta pembayar cukai aktif"), bermakna setiap pembayar cukai perlu menyumbang RM104.68 untuk kos membayar gaji dan elaun Raja-raja Melayu, Yang Di-Pertua Negeri serta emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan semua istana-istana di Malaysia.

"The British royal family cost taxpayers 52 pence per person last year" - Lapor ITV News bertarikh 3 Julai 2012


Kalau di United Kingdom, setiap pembayar cukai hanya perlu menyumbang 52 pence untuk keluarga diraja Britain dan saban tahun menjadi isu besar di negara tersebut, di negara kita setiap pembayar cukai perlu menyumbang RM104.68? Perlu diingat anggaran jumlah ini adalah paling minimum tidak termasuk pembayaran elaun-elaun untuk kerabat diraja (anak-anak Sultan dan sebagainya mengikut kategori) dan pengawal-pengawal istana seperti pasukan JMF! Dan perlu diingat juga penulis membuat andaian setiap negeri beraja diperuntukkan jumlah yang sama. Anggaran lebih tepat boleh dibuat dengan membuat pengiraan bagi setiap negeri secara berasingan dan boleh dijadikan satu thesis kajian!


Yang membayar cukai setiap tahun,

65 comments:

  1. Bhai MC...

    Ini macam kalu.. patut lar selama nih gua tak bayar itu cukai... hahahaha

    Gua cuma bayar kos barang makanan yang dah dimasuk cukai jer... hahaha

    ReplyDelete
  2. Ini yg sy tgu.
    Alhamdulillah akhirnya tau jugak bape yg rakyat kena bg pd raja hanya untuk mendaulatkan raja. Walhal xnampak sekelumit perubahan atau sumbangan yang boleh dibicarakan rakyat tentang kebaikan raja2. Kenapa harus rja yang berdaulat sdgkan rakyat yg bertungkus lumus memberi duit pada raja yang hanya ada pada nama? Saya yakin suatu hari nanti yg tidk lama lg mendatang pasti generasi muda bertanya.. "sultan tu camne ek? Ape dia sultan?.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ikut kajian oleh Wolfgang Kofka - ahli pemikir Gestalt- beliau ada makhluk yg dikajinya- nama makhluk tu pun 'Sultan" yg berjaya menyelesaikan masalah.

      Cuba pakai cik Google utk mendapatkan maklumat lanjut! psl bro tanya 'sultan tu camne ek? ape dia sultan? jawapan wa-spt tertera di atas??? keh..keh..keh..?

      Delete
  3. baguih artikel ni.....anggaran pon takpa la...tu belum campuq harga depa dok buat istana baru RM800 juta!!!! renovate istana sultan johor plak berapa juta????

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg johor ni aku x sure
      memang tengah ubahsuai utk pertabalan sultan ibrahim ni nanti

      istana anak bukit baru je diorg ubahsuai beberapa thn lepas sempena jubli emas sultan kedah
      yg tu kos diorg ubahsuai x salah 70juta ringit gak ler

      tu citer beberapa thn lepas
      tak salah dlm 4 atau 5 thn lepas je
      sekrg ni tengah ubahsuai hiasan dlm istana pulak
      kontrak diorg bagi dekat 3juta ringgit

      bukan tu je
      kat istana ada dataran utk majlis petang minum teh
      kontrak pun beratur ribu kat situ tak salah aku dekat 400ribu ringgit

      makam langgar pun besarkan pun makan belanja sejuta ringgit

      Delete
  4. hehehe... itu belum lagi,duit dari cukong cukong..bawah meja..atas meja...duit "terjah" company-company besar..kong kalikong..sap sap sui..imbuhan cukong..duit "tala apa la tunku"..etc etc etc...lolz

    ReplyDelete
  5. what is the problem ? kau ingat murah nak tadbir sebuah negara ? kalau semua free tak payah ada negara.,,,pergi duduk kat gua dalam hutan amazon sana...semua free, tak ada perdana menteri , tak ada mahkamah, tak ada polis..tak ada pembangkang ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak biler tugas raja mentadbir sebuah negara? Ko ingat ni zaman hang tuah ker? Ko tau tak tugas raja kat m'sia ni tukang potong riben rasmi majlis itu majlis ini!!!!

      Wake up la woiiii jgn duduk dlm khayalan. Takde maknanya zaman sekrg tengku temenggong pegi tangkap org jahat, tengku laksamana pegi naik kapal bunuh lanun!!! Zaman sekrg diorg main telo jer tunggu elaun masok tak buat keje apa.

      Tu nananya berak cangkung makan tanggung!!!!

      Delete
    2. dino tu memang pencacai tegar umno! Tu sebab bangang!!

      Delete
    3. bai..lu baru keluar gua ka? wakakaka

      hang jebat

      Delete
    4. la dah name die pu dino- sedara dinosaur leer..lps nie kiok- psl baghal sgt? kan betui cik dinosaur? baghal punya dinosaur???? keh..keh..keh..kgn mare cik dinosaur--nnti kena jual leer???

      Delete
    5. Dino ni hidup zaman dinasour..sebab tu singkatannya dino
      maafkanlah dia sebab ketololannya

      Delete
  6. ku haramkan duit yg digunakan utk tujuan mcm ni... ku tuntut diakhirat kelak... biar miskin di dunia tapi kaya diakhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun ikut sama tak halalkan..kecuali kpd kaum kerabat yg tahu jaga kehormatan dan kemulian diri serta ambil berat hal rakyat tanpa harap apa balasan

      Delete
  7. Atas perkenan Sultan lah Malaysia merdeka. Kalau takde sultan, Malaysia dan mcm Hong Kong, India, Pakistan.. Fully kapitalis. Takde org yang jaga agama selama british memerintah.. Tgk kat India Pakistan, banyak mazhab dalam islam.. saling berbunuh sesama mereka.. pasal takda ketua yang menjaga islam.. Hindu boleh kawen Islam.. masing2 masih pegang agama anutan masing2.. anak2 taktau nak ikut agama mak ke ikut agama bapak.. Agak2 kalau british bunuh semua sultan kat tanah melayu semasa penjajahan, agak2 apa agama rasmi yang dibawa oleh british di Malaysia ni? Ntah2 nama sekarang jadi Malayan Union.. Bukan Malaysia.. Bendera Union Jack.. Bukan jalur gemilang..

    Wujudnya sultan di Malaysia ni, ada hikmahnya.. walaupun pun kita buat kajian mcm ni.. tapi fikirkan juga hikmahnya... jangan tengok pada sudut negatif sahaja..

    Pendapat orang lain2.. Aku pun pembayar cukai jugak.. syukur kerana dilahirkan sebagai Islam di negara Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi allah saya rela tak bersultan kalau perangai pon tak mencerminkan islam

      Minum arak kaki perempuan hmmmm lagi org kafir gelakkan kita ada la

      Pernah seorg kawan saya mat saleh tanya saya kenapa seorg raja yg kami jumpa di sebuah hotel leka minum arak sambil borak dgn beberapa org lagi. Terbuka pula tu seolah olah saja tunjuk org yg dia minum arak.

      Jika situasi macam ni pada saudara apa nak jawab?

      Delete
    2. Nak bandingkan dengan Pakistan, tu tak adil. Penduduk pakistan 200 juta, tentu banyak keraknya.

      Di malaysia pula, seorang raja cuma memerintah purata 1 juta rakyat islam, so mudah la nak regulate isu berkenaan ugama dsb.

      Delete
  8. anonymous 9:17... apasal senyap??? org tanya tu... hehe

    ReplyDelete
  9. hidup ini tak tak kira apa status pun semua hamba Allah
    jangan sombong takkabur berjalan atas bumi Allah.
    sampai masa mana nak pergi kalau bukan dipanggil balik oleh Allah...
    Takutlah.

    ReplyDelete
  10. kalau tak silap ada satu artikel tentang ratu inggeris nak mintak duit kerajaan utk beli apa ka jadah, ditolak mentah2 oleh parlimen. duit yg dia belanja lebih dari peruntukan diperintah bayar balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pernah baca.
      Budget beri pun just for the queen.
      Crown prince pun guna income from the land the royals inherited.
      Not only that the royals dapat duit from tourism ie palace is open to the public and they need to pay for the entrance fees

      I always ask myself, worth it ke simpan monarchy?

      Delete
  11. Teringat aku pada Khalifah Umar al Khattab dan Khalifah Umar Abdul Aziz.

    ReplyDelete
  12. Relekssss la korang

    Niat jer tax bayor RM104 sorang tu kira cam belanja Tg Amir sebotol moet & chandon

    wakakaka

    ReplyDelete
  13. Saya pernah menyokong UMNO sebelum beralih kepada pakatan. tujuannya untuk memberitahu saya bukan penyokong umno.

    Pada dasarnya saya bersetuju dengan anon 9:17.

    Mungkin ramai yang tidak tahu bukan semua permintaan atau pun kehendak kerabat diraja dipenuhi. Ianya bergantung kepada pentadbiran negeri.

    Cuba tanya berapa kali Ustaz Azizan dan barisan pentadbiran kedah menolak permintaan kerabat kerana permintaaan yang tidak sesuai setelah menerima jawapan dari jabatan yang berkenaan. Dan para kerabat juga akur dengan keputusan pentadbiran negeri.

    Cuba tanya juga bagaimana perihatinnya Tuanku Sultan Kedah dan Para Pemangku Sultan Kedah tentang keadaan di Kedah kepimpinan PAS. Walaupun mereka tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri, mereka akan tetap menegur jika ada yang tidak kena. anggapan bahawa mereka tidak ambil peduli hal rakyat dan negeri adalah tidak benar.

    Cuba bayangkan, jika tidak ada raja2 siapa yang boleh menegur pemerintah? Rakyat? melalui saluran apa? Internet? Media arus perdana yang dikawal BN?

    Dato Manikumar (exco kedah) pernah ditegur oleh YTM Tunku Laksamana kerana masalah kebersihan di kawasan Gunung Keriang, sampah tidak kutip oleh E Idaman. Hasil teguran itu, kerja pembersihan tidak siapkan dalam tempoh tidak sampai 3 jam. Itu hanya satu contoh, banyak lagi teguran yang tidak diketahui umum.

    Umum tidak mengetahui..berapa kali pihak pemerintah ditegur oleh raja-raja apabila pemerintah lalai. Umum tidak mengetahui bagaimana raja-raja melayu sedih dengan keadaan semasa tetapi pihak pemerintah tidak pernah membenarkan luahan raja-raja seperti ini disiarkan di media arus perdana kerana akibatnya adalah sangat teruk kepada pemerintah.

    Mungkin ada raja-raja yang pro UMNO tetapi apapun raja-raja yang berdaulat tidak akan membiarkan rakyat mereka diperlakukan sesuka hati oleh pemerintah tanpa raja-raja menegur.

    Ada hikmahnya negara kita mempunyai raja. Satu contoh...jika satu hari si perdana menteri dan para kabinet membuli agama dan rakyat ke tahap maksimum, kepada siapakah kita hendak mengadu? tambahan pula jika kerajaan disokong sepenuhnya oleh POlis dan Tentera. Kita tidak sama di Mesir yang mana rakyatnya berdemonstrasi hingga ke tahap ganas. Kita tidak melawan di jalan raya seperti di thailand. rakyat Malaysia masih lagi lembut jika hendak dibandingkan dengan negara luar yang disebutkan tadi.
    Percayalah, di saat itu kita akan tetap mengadu kepada Raja-Raja.

    Tidak dinafikan ada raja-raja serta kerabat yang melanggar ajaran islam, tidak perihatin sebagaimana yang kita mahukan. Jadi seharusnya kita mendoakan agar mereka diberi hidayat dan kesedaran kerana kita tidak tahu bila kita akan perlukan mereka.

    sangat tidak adil untuk kita mencerca mereka sedangkan kita tidak tahu sebenar-benarnya keperibadian mereka, keperihatinan mereka.

    Seperkara yang pasti, raja-raja adalah manusia, tidak lari dari melakukan kesalahan. adalah menjadi tanggungjawab orang-orang disekeliling untuk menasihati raja-raja dengan nasihat yang menjurus kepada kebaikan rakyat.

    kalau kita ingin mempersoalkan perbelanjaan mereka yang ditetapkan oleh pihak pemerintah, kita sepatutnya lakukan dahulu kepada para pemerintah yang merompak hasil negara. apa yang telah kita lakukan? setakat meluahkan persaaan di blog rasanya tidak lah mencukupi.

    entahlah, semoga kita dapat fikirkan tentang perkara ini dengan dada yang lapang, fikiran yang terbuka..



    ReplyDelete
    Replies
    1. ''Cuba bayangkan, jika tidak ada raja2 siapa yang boleh menegur pemerintah? Rakyat?''


      indonesia & philippines ?

      Delete
    2. Deiiiii....kalau tak ada raja cara nak tegur pemerintah ialah melalui peti undi!!!!!! Maknanya R A K Y A T yg tegur pemerintah. Buat pe harap kan raja 2 x 5 je

      Delete
    3. Itu sebabnya sesebuah negara mesti ada keseimbangan antara kerajaan dan pembangkan agar mereka menjadi cermin satu sama lain...klu sultan dikasi cermin dia akan menangkap org yg memberi cermin dimuka dia...itulah hakikatnya...

      Delete
    4. siapa raja?? adakah rakyat bayar gaji dia,atau dia bayar gaji rakyat?? adilkah ketua agama mabuk arak,kongkek betina??? adilkah raja bermewah diistana sedangkan rakyat hidup susah payah,bayar cukai utk mewahkan golonjgan bangsat ini???

      raja dan sultan,lu pukimak haram jadah

      Delete
    5. Ni kisah dongeng saja, jangan percaya apa saya tulis bawah ni ye.

      Al kisah ada raja kaki Pau. Memandangkan raja melayu berkuasa atas tanah dan adat, kebanyakan aktiviti pelombongan yang melibatkan konsesi confirm ada tangan raja di dalamnya..

      Sesiapa yang rajin baca annual report syarikat akan tahu lah..

      Di terengganu, ada kilang silika, kerabat raja ada share jadi direktur. Ntah tiba tiba je muncul dari mana je.

      Johor pulak tuan puteri yang kahwin 2017 tu ada niat nak pau lombong emas yang baru di nak operasi..

      Pahang pulak cerita lain..

      Ntah2 kerabat negeri kelantan beria ria sangat sokong usaha royalti tu sebab kerabat ada pau petronas.. untuk agihkan share utk diorang.. ikutkan undang2 memang kelantan tak ada bahagian..

      Delete
  14. Warga Malaysia malang19 September 2012 at 18:19

    Jumlah yg dikira ni sebenarnya sikit je utk raja2 ni. Sebenarnya byk lagi yg raja2 ni dpt....konsesi balak je tak tau berapa ribu hektar mereka dpt. Belum lagi kalu dikira kontrak2 yg kerajaan bagi....sultan perak & kerabat dgn Gamuda projek berbillion ringgit. Kelantan zaman tengku anis jadi sultan berapa byk petranis holdings dpt projek. Sultan johor pulak dgn ibzi holdings tak habis2 seru kerajaan teruskan projek jambatan kedua sebab gerbang perdana tu sultan ada share. Hospital shah alam yg tak siap2 tu kontraknya syarikat sunshine fleet adik sultan selangot punya

    Cuba fikir ya.....kontrak2 disapu olrh kerabat2 raja dan kroni2 menteri. Kerabat raja bukan sikit....malaysia ni ada 9 raja jadi bayangkan ramainya kerabat. Kroni2 menteri dan anak beranak menteri nak juga kontrak

    Jadinya kontraktor yg takde sangkut paut dgn raja atau menteri tinggal berapa je projek???

    Taktau le faham tak u all baca luahan hati lontraktor cam aku ni

    ReplyDelete
  15. kayaaa,kayaaaa,dah la kaya semua free pulak tuuu.

    ReplyDelete
  16. KALAU IKUT SIKIT JE SULTAN DAN RAJA DAPAT...KALAU NAK BANDING DENGAN TAUKE TAUKE BESAR YANG DAPAT PROJEK ALI BABA DARI UMNO....MENTERIX2 UMNO LAGIIII MASYUK..TUNKU LAKSAMANA DAPAT ELAUN 3K JE...WAT PENAT JD TENKU LAKSAMANA JER..KALAU ZAMAN DULU DAPAT TANAH BAGAI...SEKRANG 3K JER..KETUA BAHAGAIAN UMNO LAGI BANYAK DAPAT

    ReplyDelete
  17. Yang SALAH BESAR...kata : DATUK NIKAH KAWEN ( Musang Berjanggut )...adalah UMNO BN....di beri KUASA untuk pelihara...RAKYAT MELAYU dan RAJA MELAYU....jangan BAKAR SEMUA KELAMBU...pasal nak marah kat NYAMUK...UMNO BN...

    ReplyDelete
  18. Warga Malang Malaysia

    Memang benar, Sultan dan Raja Muda mendapat konsesi balak tahunan. ini salah satu keistimewaan yang mereka dapat. Selain daripada sultan, terdapat jugak syarikat-syarikat persenderian yang turut menerima konsesi balak. untuk mendapat konsesi, perlulah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan. Tak perlulah kita marah jika kita tidak mendapat konsesi balak jika kita belum berusaha mendapatkannya.

    Berkenaan kontrak, tidak dapat dinafikan ada juga syarikat milik kerabat yang turut memperolehi kontrak-kontrak kerajaan. tetapi tidak semua kontrak kerajaan dibolot oleh para kerabat. jika pun mereka mendapat kontrak, siapakah uyang menjalankan kerja-kerka kontrak tersebut? kalau pun syarikat kroni mereka yang yang menjalankannya, pastinya syarikat kroni mereka menawarkan harga dan perkhidmatan yang baik. jadi kalau saudara hendak kontrak, saudara juga harus melakukan perkara yang sepatutnya, build up rapport dgn syarikat-syarikat tang mendapat kontrak dan tawarkan harga serta perkhidmatan yang bagus.

    Berdasarkam komen saudara, saudara serta menyatakan Sultan Johor tidak habis menyeru supaya projek jambatan kedua diteruskan dan sehingga sekarang (kalau saya tidak silap) ianya masih tidak dapat diteruskan. sekaligus membuktikan tidak semua permintaan para sultan dan kerabat dituruti.

    Saudara juga menyatakan mengenai projek di zaman tengku anis. Memang benar, banyak projek tidak masuk akal dan menguntungkan kroni telha dijalankan. Tetapi tahu kah saudara siapa yang menghentikan semua projek-projek tersebut sekarang? Tidak lain tidak bukan Tuanku Faris. Bukankah ini menunjukkan keperihatinan sultan?

    Untuk gamuda, memang benar apa yang saudara katakan, tetapi lagi sekali saya nyatakan, kalau saudara mengambil initiative untuk mendapatkan sebahagian daripada kontrak dari gamuda, mungkin saudara akan menerima faedahnya juga.

    Janganlah dimarahkan sultan dan anak2 sultan kerana mendapat kontrak. itu keistimewaan yang mereka terima. Kalau saudara sendiri seorang anak sultan, apakah saudara tidak akan menerima kontrak yang ditawarkan?

    Yang penting untuk kita yang bukan anak-anak raja hendaklah terus berusaha dan berdoa kepada Allah.

    Anon 20:38

    "Deiiiii....kalau tak ada raja cara nak tegur pemerintah ialah melalui peti undi!!!!!! Maknanya R A K Y A T yg tegur pemerintah. Buat pe harap kan raja 2 x 5 je"

    Adakah kita telah berjaya menegur pemerintah melalui peti undi selama ini?

    Dan bagaimana kerajaan dipilih melakukan sesuatu yang mencabar kedudukan agama ditengah penggal...adakah kita akan tunggu sehingga parlimen dibubarkan untuk kita tegur melalui peti undi? atau pun kita akan tegur melalui perarakan dijalanraya?

    Anon 21:38

    Apa yang free cumalah yang diperuntukan. Tuanku Sultan Kedah sendiri mengeluarkan wang dari poket beliau apabila membelanjakan sesuatu yang tidak ada dalam peruntukan.

    Anon 23:47, Tok Janggut & Anon 11:15

    Saya setuju dengan anda sekelian.

    Tidak semua sultan buat hanya perkara tak elok, Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu habis dibakar..

    Pemerintah hendaklah memainkan peranan, para penasihat harus memainkan peranan supaya Raja-Raja Melayu memainkan peranan mereka melindungi Agama, Bangsa dan Negara.Kerana Raja-Raja hanyalah manusia biasa seperti kita. Dan kita juga harus mendoakan supaya mereka terus diberi hidayah dan menjadi pemimpin yang baik

    pikir-pikirkan lah

    p/s agaknya ada tak agenda tersembunyi di sebalik permainan sentimen anti sultan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau zaman purbakala dulu,kaki ampu sultan digelar apa ya?

      Delete
  19. dripda bgi kt depa,baik gne duit tu ntuk mmjukn lgi ngara kite,Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..adalah lebih baik duit yg juta2 tu buat pembangunan...negara US, Singapore, Iran, Korea dll x ada raja, rasanya mereka lebih maju...sedar2 lah wahai penjilat..

      Delete
  20. Anon 22:14

    Benar, US x da raja dan lebih maju sehinggakan rakyatnya menghina nabi, singapura lebih maju hinggakan azan tidak berkumandang, Iran lebih maju dan syiahnya pun turut maju, Korea pun serupa...hingga kita mengimport K Popnya :)

    Bolehkah menghina nabi ke tahap membuat filem, tidak berkumandangnya azan, dikuasai syiah berlaku dinegera ini yang mempunyai raja dan barisan ulamaknya?

    Kalau nak harapkan BN saja..entah lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak harapkan raja..... Baik diorg piiii Yamsengggggggg!!!!

      Delete
  21. Anon 00:48

    tak kan Tuanku Faris pun hang nak suruh Yamsengggg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuanku Faris snort cocaine and hisap ganja, di tak minum. Pasal tu dia suruh UTK serang ayah dan bonda dia. Cokehead Sultan, berlakon baik!!!!

      Delete
  22. Raja2 adalah ikon/simbol pemerintahan perlembagaan Malaysia, walaupun kapasiti mereka cuma setakat itu, mereka adalah simbol perpaduan - (Cuba kita lihat contoh : Thailand, Brunei, Arab Saudi, Jepun dan British ), walupun mereka seolah2 tiada fungsi dan membebankan dari segi kos negara, itu adalah hak dibawah kuasa perlembagaan dan pemerintah, tiada siapa sewajarnya/harus mempertikaikannya, lebih2 lagi Raja itu raja keturunan Melayu sendiri.

    Bayangkan jika kita tiada raja Melayu - sukar untuk kita orang2 Melayu untuk bersatu-padu. Kita lihat betapa negeri Johor mempunyai raja yang berjiwa rakyat dan rakyat bersatu hati tidak kira apa juga aliran parti politik dan keturunan - berbangga dengan kehadiran / lawatan di Raja & disambut dengan lapang dada - penuh takzim, sebaliknya jika kehadiran pemimpin2 politik - sudah tentu akan berlaku perpecahan, akan wujud ahli2 parti lain mungkin akan memulaukan majlisnya. Jadi fikirkanlah cara waras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point dia sekarang, jumlah elaun yg tidak logik utk diberikan kepada instituti pemerintahan diraja.

      Delete
  23. Nak muntah baca komen pencacai raja....dari org yg sama plak tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....tak pasal2 pancacai pulak yg kepanasan dan ketaq lutut...kehkehkeh.

      Delete
    2. Bukan pencacai le...penjilat bontot tegar...jilat dpt hampas2 pon bangga....hehehe biasa le..

      Delete
  24. Kalau betul sultan tu menyatukan umat Islam,aku cabar dymm satukan umno dgn pas..biar tgok APA kafir buat...atau sultab lebih rapat dgn kafir Dan takut hilang directorship? Kalau betul,try satukan umat Islam politik yg tgh gaduh bagai nak mati tu pas dgn umno..pasal Hal rasul pun nak berasingan bukan bersatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sngat dgn pandangan tuan..si penjilat bontot ni mana tau fungsi...

      Delete
    2. si penjilat bontot dan sipamakan taik ni pada Hakikatnya adalah Abu Lahab akhir zaman yg sentiasa dibakar dari kulit sampai ke isi dan tulang...dibakar oleh SakaratulMaut secara ghaib...pembalasan dari Allah SWT.

      Delete
  25. ini blog pro pr, gunalah bahasa yang lebih sopan, jgn burukkan imej pr. jgn sampai org pikir pr anti sultan. jgn sampai org pikir org pr tak beradab.

    anon 16:22, mulia sangatkan anda sampai boleh jatuhkan hukum yang sebegitu? adakah anda yakin anda dari golongan yang tidak akan dibakar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua tak nampak pun blog ni pro PR atau pro umno?

      Lu memang bengong....cerita pasal elaun raja pon lu ingat nak jatuhkan raja ke???? budussss!!!!

      Delete
  26. Anon 14:20, rasanya anda tidak tahu membaca? blog ini bukan milik mana2 parti dan bahasa yg digunakn cukup beradab dan serta beserta bukti sila baca dan pahami jika tidak ingin dikatakn bodoh sombong....

    ReplyDelete
  27. BUDAKBOY

    Warga Malaysia Malang. gua sangat memahami apa yg lu lalui sebab gua pernah cuba nak berbusiness. terus cancel beb sebab apa lu cakap banyak betul... kalau setakat kelas F tu, boleh le gagah.

    baik gua jadi penganggur beb. hati sonang, jiwa tenteram

    ReplyDelete
  28. Anon 14:20, knpa anda rasa kepanasan, rasa terbakor ke? siapa yg makan lada dia yg kena pedasnya, siapa yg main api akan membakar dirinya sendiri, jadi nampak jelas bahawa anda adalah hakikat abu lahab yg sentiasa dlm keadaan terbakar...padan muka!...muka penjilat tak tak tau malu...hahahahaha.

    ReplyDelete
  29. .....kalau belanje kat kite rakyat ni semua berkira......petrol, gula asik diungkit2 subsidi yg x seberapa tu......x payahla nak aksyen kononnye subsidi hanye utk kumpulan sasar saje sedangkan rakyat sume x kisah subsidi diberi kepada semua orang secara blanket kpd yg kaya, yg miskin, yg warganegara atau tidak.....kerana memang kite sume ini sama2 menyumbang utk negara.....sedarla kerajaan.....jangan pentingkan kepentingan orang2 kaya shj & kroni2 menteri......petronas kini pun asyik berkira ttg untung apabila nak berurusan dgn TNB pasal subsidi gas......asyik berkira sangat sdgkan TNB nak jana elektrik utk kepentingan rakyat jelata.......sedarla petronas sikit hasil mentah minyak tu semua adalah kepunyaan rakyat malaysia...jgn ingat untung puluh billion setiap tahun tu duit milik kau saje......ini duit habis kat grand prix tu......x bermanfaat langsung utk rakyat.......sedarla semua golongan kapitalis......

    ReplyDelete
  30. -dragon-

    kita bukan nk mansuh raja, cuma potong la sikit gaji /peruntukaan kerabat raja kat malaysia ni utk tolong bantu rakyat yg susah tu je.kalau boleh potong skali elaun/gaji luar biasa ahli parlimen/adun pm ketua menteri/mb dsb...

    sronok betul la camni lahir2 saja dh ada elaun/gaji..tapi kat akhirat nanti jawable...

    ReplyDelete
  31. BUTTERFINGERS - DAULAT TUANKU.mp3

    ReplyDelete
  32. Kalau kat duit tak de gambar agong mana laku..so,korang jgn lagi guna duit malaysia.bodoh.rukun negara pun fail.korang tak reti bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya semua bercakap dan beri komen tidak berdasarkan sejarah , fakta dan kematangan fikiran. Cuba lihat semula sejarah negara sejak awal hingga sekarang. siapa yang mula memerintah setiap negeri. Baca perlembagaan negara dan penubuhan negara ini. Kenapa raja-raja Melayu masih relevan, bukannya Presiden. Apa akan jadi jika dah tak ada Raja- raja Melayu sebagai lambang kedaulatan negara. Apakah orang Melayu akan tetap memerintah negara ini jika Raja-raja Melayu dah tidak diperlukan. Fikirkanlah secara matang dan rasional. Jangan hanya pandai komen macam budak-budak.

      Delete
    2. Org yg memprsoalkn elaun raja& sultan ni sbnarnya org yg xda kja. Lain la klu ada duit x la sibuk sngt mpsoalkn hal bgni. Even elaun dbayar kpd rja& sultan negara kita msh lg blh maju dan kita rkyat msh mnrima kemajuan mlh blh mnjadi jutawan usahawan bjya. Pkirkn la mcmna nk brjya dlm hdup ni. Elaun R&S tu hal kcik jer, x mrugikn negara. Sy sbgai rkyat sarawak berasa kagum dgn negeri yg msh lg mpnyai srta memprthankn intitusi diraja.jgn kita lupa siapa perdana menteri kita yg pertama dahulu srta mnjadi bapa kemerdekaan kita.sipa yg mmprjuangkn kmerdekaan malaysia trcinta.dia x lain x bkan salah seirg dr kerabat diraja TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ. sy bgga dgn prjuangan pmimpin ni.

      Delete
  33. sepatutnya....kita komen dengan fakta....jgn komen mcm mengutuk....Malaysia oh Malaysia...

    ReplyDelete
  34. sume bengong...klu xley trima hakikat n takdir yg telah ditetapkan g duk bangla...kincin bole vera tara bole...

    ReplyDelete
  35. such a waste...kita nak cari RM100 pun susah..boleh sakit mental kalau tak tahan...lain laa keja gomen...yang diaorg ni senang2 dapat berbelas berpuluh ribu...makan pakai semua org siapkan...screw them all!

    ReplyDelete
  36. blog ni lebih kepada mendatangkan fitnah kepada agong dan raja²....aku bukan kerabat dan dan aku x dengki kat mereka...rezeki dah ditentukan Allah, dosa pahala sendiri tanggung...

    ReplyDelete