Monday 24 September 2012

Anwar Ibrahim Tetap Berjiwa UMNO

Tidak kusangkakan Anwar Ibrahim tetap mewarisi darah UMNO dalam dirinya dalam sifat berpolitik beliau. Agak jijik kita mendengar seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan paling bodoh yang pernah dibuat beliau dalam sekaligus menghilangkan kepercayaan pengundi terhadap beliau & pemimpin PKR.


Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".

"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada.

"(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar.


Kenapa perlu meminta derma dan menagih wang rakyat dan ahli parti jika inilah kemewahan yang dengan mudah mampu mereka perolehi. Adakh kita diperbodohkan atau kita ini sebenarnya bodoh dalam menilai pemimpin.
 
Adakah bodoh si pimilik kapal terbang memberikan penerbangan percuma dan tidak mengharap sesuatu. Tolonglah jangan perbodohkan rakyat, kita beri sekuntum bunga tahi ayam kat seorang perempuan pun tetap mengharapkan sesuatu inikan pula kalau diberikan pinjam jet mewah peribadi.
Mahukah kita mempercayai keyataan seperti ini yang selalunya kita dengar dari pemimpin UMNO dan kini PKR pun 2 x 5 jugak jadinya..amat memalukan dan pengundi pasti akan berpaling tadah dengan kenyataan bodoh ini dari seorang bakal perdana menteri.



Inilah jadinya Politik Malaysia apabila semua pembangkang atau pemimpin baru adalah dari bakul sampah yang sama iaitu UMNO dan mereka tetap bersifat UMNO dan bukan rakyat menjadi keutamaan tetapi survival politik mereka adalah darah daging mereka dan bukannya keperitan rakyat perjuangan mereka..



Kenyataan paling tidak rasional yang tidak boleh diterima akal oleh kita dan ramai kawan-kawan pembangkang mengeluh tengok kenyataan ini dan inilah jadinya bila kita terus menerus memilih pemimpin dari bakul sampah yang sama.




16 comments:

  1. Kalau dah asal usul tu dari UMNO tetap jugalah UMNO selamanya.

    Orang yang berfikiran tinggi sudah lama tahu bahawa politik anwar politik benci dan dendam kepada UMNO..begitu dengan pengikut2 PKR ni..bekas orang2 UMNO yg membenci umno kerana dendam.

    sebab itu kita boleh lihat sifat political-hatred ni sangat membekam dalam orang2 PKR..orang2 PKR juga mudah berkhianat lihat dah berapa dozen Pemimpin PKR belot kembali kepada umno?

    Saya dengan jujur mengatakan saya tidak pernah mempercayai dengan mana2 parti politik.

    ReplyDelete
  2. DSAI pemimpin bijak dan dia ada rahsia tersendiri...
    Tektik dan strategi dalam politik kena ada bagi org yg bijak main politik, Kalau tak tau sepak terajang dalam berpolitik jangan cuba nak mencelah kaki barang seketika khuatir kaki akan terkena sakit pula yang datang menimpa..
    Dalam konteks berpolitik ala-Malaysia (politik menghalalkan cara) berbagai episod panas telah dicipta dan tercipta. Rakyat sentiasa disogokkan dengan berbagai isu yg besar dan lebih besar semata-mata untuk memenangi sokongan satu puak dan melumpuhkan sokongan puak yang berseteru dengannya.
    Dipendekkan cerita, isu jet peribadi telah berjaya diletupkan oleh DSAI untuk melihat sejauhmana satu puak yg mengaku betapa besar pengaruhnya mengeksploit akan isu. Bijak dan berani sungguh DSAI dalam meletupkan bom jangka yang entah bila nak meletup pada masa sepatutnya. Apa tunggu lagi Najib, bubar aje parlimen untuk PRU13..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul3x, DSAI pemimpin bijak, bijak kelentong, bijak meletopkan dan menghancurkan dirinya sendiri.....hahahahaha.

      Delete
  3. Apa2 pun hancurkan umno dulu..
    Aku dah x sanggup dah tgok pnyelewengn mrk spt NFC..
    Itu yg kita tahu, yg x tahu?

    ENOUGHT IS ENOUGHT..

    Hihi..

    ReplyDelete
  4. There are things that we will never know the truth..things like Teoh Beng Hock, Altantuya & Sarbaini's death..thing like whether or not Neil Armstrong actually did walk on the moon...we were just being told about the facts..final conclusion is for one self to draw..tepuk dada tanye selera

    ReplyDelete
  5. jatuhkan umno sial terlebih dulu,org yg datang dari bakul sampah dan telah basuhkan diri lebih baik dari org yg masih tinggal duduk dalam tong sampah terus terusan.....jgn khianaty terhadap harapan rakyat malaysia yg dah terlalu lama di zalimi....

    ReplyDelete
  6. Aku penyokong pr,tapi kalau dah mandi sekadar nak berlakon wangi, habislah kita..kita dapat umngok gak.betul gak kata brader MC ni..aku konpius nak undi sapa dah..aku siang malam keje kuat untuk pr naik motor pasang bendera semua, sedap dia org dapat jet mewah..aku mintak duit minum pun kata x da budget..awat dia org tipu aku..aku nak kuar pkr lah..

    ReplyDelete
  7. Aku pikir dua Kali la ni pasal nak handurkan umno..ni belum pe pun dah mula tunjuk belang kaki sapu and mesti kena bagi projek Kat kawan dia..mampui lah

    ReplyDelete
  8. Aku penyokong umno.. .aku siang malam keje kuat untuk umno naik motor pasang bendera semua..tp aku cuma dpt duit minum je..tapi diorang dpt projek juta2..awat diorang tipu aku....huhuhu

    ReplyDelete
  9. Aku sokong parti gerakan..x bergerak..x makan...he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suma tension..
      ko ni
      kelakau...kelakau..hehe

      Delete
  10. Strategi nak bagi org meluat dgn umno dan media.. Itu aje.. Tak perasan ker?

    ReplyDelete
  11. "Adakah bodoh si pimilik kapal terbang memberikan penerbangan percuma dan tidak mengharap sesuatu."

    Kalau dgn bantuan penerbangan tu dpt membantu kemenangan PR, apa salahnya? Tak payah la nak bersangka buruk. Bukan semua org mengharapkan material semata-mata.

    ReplyDelete
  12. saya suka artikel ini....ada 3 percanggahan dari 3 individu ini mengenai isu jet:
    anwar:-mengatakan jet ini ditaja oleh seseorg
    izzah:- mengatakan kawan papa(anwar)bagi pinjam
    tian chua:-mengatakan ditwitter beliau jet ini disewa

    persoalaan adakah taja,pinjam,dan sewa punyai makna yang sama??


    ReplyDelete
  13. Salam, adalah kurang bijak untuk kita menyatakan Anwar Ibrahim berjiwa UMNO semata-mata kerana menerima pelawaan menggunakan jet pribadi tersebut.

    Lagipun, adakah hanya kerana menggunakan jet satu kali menjadikan Anwar terikat dengan apa-apa permintaan ?

    Bayangkan jika seseorang meminjamkan kita keretanya kerana dari Negeri Sembilan nak ke Ipoh. Kemudiannya, orang itu meminta kita membelikan sebuah rumah banglo. Haruskah kita ikutkan permintaannya ? Tidak masuk akalkan ?

    Hakikatnya, mungkin sahaja pemilik jet itu berniat untuk menabur budi untuk dia tuai nanti dengan projek-projek ( sekiranya PR menang dan Anwar menjadi PM ). AKAN TETAPI, sebagaimana saya katakan tadi Anwar tidak terikat dengan budi itu dan adalah cukup bodoh jika si pemilik jet itu menuntut projek ini atau itu semata-mata kerana dia pernah pinjamkan jetnya untuk kegunaan Anwar.

    Berlapanglah dada. Wallahu 'alam

    Tok Padang Jeringau

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar apa yang dikatankan oleh mc....anwar masih berjiwa umno....dan hampir kebnyakkan org pkr bekas2 umno...kuasa,wang,rasuah dan kroni masih tebal dalam jiwa mereka.ni bukan fitnah tp nyata...hnya org yg taksub saje yg akan menidakkanya....anda memberi alasn yg kurang munasabah...contoh diatas...meminjam kereta..dari negeri sembilan nak ke ipoh.ayat meminjam individu yang di sebutkan oleh izzah tp bagaimana jwapan anwar dan tian chua taja dan sewa?adakah maksudnya sama ngn meminjam....??

      FIKIR2 DAHULU SEBLUM BELAPANG DADA

      Delete