Wednesday 18 July 2012

Dinasti Azlan Shah

Malaysia in Crisis mengalu-alukan sebarang soalan, komen dan artikel untuk disiarkan. Blog entry kali ini cuba untuk menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pembaca disini.

Kesultanan Perak yang merupakan satu-satunya waris Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pewarisan takhta yang unik. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu beraja yang lain yang mengikut sistem turun menurun dari raja pemerintah kepada puteranya, sistem yang diamalkan di Perak ialah menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta:

1. Raja Kecil Bongsu
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan

Rampasan kuasa Perak
Walau bagaimanapun Dewan Negara Perak mempunyai kuasa dalam pemilihan dan perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Siapakah Ahli Dewan Negara Perak? Ahli-ahlinya terdiri daripada Sultan dan Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan, Mufti dan 12 orang yang dipilih sebagai ahli bukan rasmi. Ahli-ahli Dewan Negara inilah yang mempunyai kuasa dalam perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Yang menariknya, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Sultan Perak, dan kemudiannya mereka pula yang akan memilih dan melantik Sultan berikutnya serta menentukan siapa layak menjadi Raja-raja Bergelar. Salah seorang ahli Dewan Negara Perak ialah Datuk Seri Annuar Zaini yang dikatakan terlibat dalam konspirasi rampasan kuasa di Perak. Sila rujuk salinan artikel akhbar Harakah bertajuk "Sultan Perak Sempurnakan Konspirasi Annuar Zaini?" disini.

Persoalan diajukan disini adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda Perak?

Soalannya pendek tetapi untuk menerangkan situasi sebenarnya agak rumit. Jadual dibawah adalah ringkasan lantikan raja-raja bergelar mengikut tahun. Cuba fahamkan.
Sejak pemerintahan Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang waris atau 2 waris Sultan dilantik sebagai Raja Bergelar. Ringkasnya adalah seperti dibawah:


Waris Sultan Perak ke-29 - Sultan Abdul Jalil (1916-1918)
Memandangkan Sultan Abdul Jalil hanya menjadi Sultan Perak selama 2 tahun, jadi mungkin walaupun mempunyai 4 putera, hanya seorang waris saja dilantik iaitu putera sulung baginda, Sultan Yusuf Izzuddin (bapa Sultan Azlan) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-32.
1. Sultan Yusuf Izzuddin ibni Sultan Abdul Jalil (menjadi Sultan hingga 1963)

Sultan Perak ke-30 - Sultan Alang Iskandar (1918-1938)
1. Sultan Idris II ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Sultan ke-33)
2. Raja Ahmad Saifuddin ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Raja Muda hingga 1997)

Waris Sultan Perak ke-31 - Sultan Abdul Aziz (1938-1948) 
Isteri ke-2 Raja Jaafar, Hasleza Ishak yang mati dibunuh.
Sultan Abdul Aziz hanya mempunyai seorang putera iaitu Raja Musa. Jadi, semasa perlantikan Raja-raja Bergelar pada tahun 1984 iaitu selepas kemangkatan Sultan Idris II, Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak memasukkan seorang lagi waris dari Sultan Abdul Aziz iaitu cucu baginda, Raja Jaafar yang sehingga kini menjadi Raja Di Hilir Perak.
1. Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (menjadi Raja Muda hingga 1983)
2. Raja Jaafar ibni Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (Raja Di Hilir sekarang)


Cucu Sultan Yussuf, pelakon Aman Graseka anak Raja Baharom
Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)
Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera - Raja Ekram, Raja Zairan, Raja Baharom dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan putera bongsu dipilih? Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan anak bongsunya ini.
1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin (menjadi Raja Di Hilir hingga 1978)
2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin

Raja Shuib atau Raja Shuibah?
Waris Sultan Perak ke-33 - Sultan Idris II (1963-1984)
Dengan mempunyai 8 orang isteri, Sultan Idris II mempunyai 13 orang anak dimana 8 adalah putera termasuk seorang yang tidak dapat dipastikan jantinanya iaitu Raja Shuib (kini lebih dikenali sebagai Raja Shuibah atau nama panggilan Ku Ess). Raja Izzuddin mula dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu pada tahun 1963 iaitu semasa Sultan Idris II menaiki takhta. Beliau mempunyai masalah moral yang menyebabkan tidak dipilih untuk menaiki tangga demi tangga sebagai pewaris takhta dan akhirnya dilucutkan jawatan. Raja Iskandar Dzulkarnain pula dimasukkan dalam senarai Raja Bergelar pada tahun 1984 oleh Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak.
1. Raja Izzuddin ibni Sultan Idris (dilucutkan jawatan)
2. Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Idris (Raja Kechil Besar hingga kini)

Waris Sultan Perak ke-34 - Sultan Azlan (1984-kini)
1. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan
2. Raja Ashman ibni Sultan Azlan
3. Raja Ahmad Nazim ibni Raja Ashman ibni Sultan Azlan (yang ini akan diulas kemudian)

Diajukan sekali lagi soalan, adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan berlaku twist dalam pewaris takhta Kesultanan Perak?

Sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Tak ada twist, tak ada tipu muslihat. Jika dilihat semula jadual di atas, apabila Sultan Idris II mangkat pada tahun 1984 dan Sultan Azlan menduduki takhta, penyusunan semula Raja Bergelar telah dibuat.

1. Raja Nazrin, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain (iaitu seorang lagi anak Sultan Idris II) dimasukkan sebagai pewaris takhta pada tahun 1984. Rujuk kepada jadual di atas, Raja Izzuddin sepatutnya naik satu lagi tangga, tetapi apa yang berlaku ialah beliau kekal sebagai Raja Kechil Sulung. Disini Raja Nazrin yang baru masuk list Raja Bergelar berada lebih atas.

Raja Izzuddin Shah
Ini adalah disebabkan Raja Izzuddin bukanlah menjadi pilihan Sultan dan Ahli Dewan Negara Perak memandangkan salah-laku yang pernah dibuat sebelum ini. Mengikut sejarahnya, walaupun Raja Izzuddin dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu oleh ayahnya, Sultan Idris II pada tahun 1963 iaitu semasa berusia 9 tahun, tetapi kemudiannya Sultan Idris II pernah menarik semula gelaran tersebut dan akhirnya diberikan semula. Satu contoh salah-laku boleh rujuk kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270 dimana dikatakan Raja Izzuddin menyerang seseorang ketika di dalam keadaan mabuk. Kes itu pernah disebut semasa penghakiman terhadap kes mata lebam Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Rahim Noor.

"Mengambil kira suasana negara pada ketika itu seseorang yang dalam kedudukan tertuduh seharusnya bertindak waras dan bukan sebaliknya. Dalam kedua-dua kes (kes Raja Izzuddin Shah dan kes Tengku Mahmood Iskandar) perbuatan tertuduh hanya membawa padah kepada seorang individu manakala dalam kes ini membawa padah kepada seluruh negara" - Hakim Akhtar Tahir

Cina pun boleh jadi Ahli Kerabat janji ada duit!
Itu kisah pada tahun 1979, berlaku beberapa kes lagi seperti diisytihar muflis pada tahun 1990, kes menjual pingat Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) walaupun akhirnya mahkamah bebaskan. Begitu juga dikaitkan dengan penjualan watikah Ahli Kerabat Diraja Perak dan logo kereta palsu walaupun didakwa terdapat sindeket memalsukan tandatangan beliau. Terkini dikaitkan pula dengan skim cepat kaya Novalife dan sebuah koperasi yang mana pengerusinya adalah bekas Setiausaha Peribadi beliau iaitu Koperasi Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB).

Raja Ahmad Hisham
2. Raja Ahmad Hisham (cucu kepada Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles) menjadi Raja Di Hilir sejak 1978. Apabila Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1983, beliau memberi laluan kepada Sultan Azlan yang berada di tangga bawahnya memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau kekal sebagai Raja Di Hilir (sila rujuk jadual di atas untuk gambaran lebih jelas).

Sekali lagi apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Ahmad Saifuddin yang berada di tangga bawahnya untuk naik menjadi Raja Muda. Sekali lagi beliau kekal sebagai Raja Di Hilir.

Pada tahun 1988, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin mangkat, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Nazrin untuk naik menjadi Raja Muda memandangkan usia beliau telah mencapai 80 tahun.

Jika bukan kerana faktor kesihatan dan usia, sudah lama Raja Ahmad Hisham menjadi Sultan Perak. Tidak berlaku sebarang perebutan kuasa atau sistem yang telah di-twist dan sebagainya. Semuanya atas kerelaan Raja Ahmad Hisham untuk memberi laluan kepada Raja-raja Bergelar yang lain untuk menaiki tangga-tangga berikutnya.


Kesimpulannya, Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul dan mendapat persetujuan Dewan Negara Perak. Faktanya jelas (1) disebabkan moral Raja Izzuddin Shah dan (2) laluan yang diberikan oleh Raja Di Hilir Raja Ahmad Hisham.

 SOALAN TELAH DIJAWAB. TAMMAT.


Jika dilihat semula senarai nama-nama Sultan dan waris mereka yang menjadi Raja Bergelar (rujuk senarai di atas), seperti dinyatakan sebelum ini, sejak pemerintahan Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang waris atau 2 waris Sultan sahaja dilantik sebagai Raja Bergelar. Tetapi Sultan Azlan menamakan 3 waris - Raja Nazrin, Raja Ashman dan cucunya Raja Ahmad Nazim. Bagaimana ini boleh berlaku? Apa muslihatnya disini? Adakah Sultan Azlan ingin menjadikan Kesultanan Perak sebagai Dinasti Azlan Shah?


Nantikan Dinasti Azlan Shah (Bahagian II) ekslusif di Malaysia in Crisis

Sementara itu boleh lah menjamu mata melihat gambar semua cucu-cucu lelaki Sultan Azlan yang handsome-handsome ini walaupun tak ada seorang pun yang sehandsome Atuk mereka. Hanya Raja Azlan Muzaffar saja tiada.

Abdul Latif, Ashman Azlan, Abdul Azim, Raja Ahmad Nazim (Raja Kechil Tengah), Omar Azlan, Tunku Aznal, Imran Azlan


 Dinasti yang hilang,
 

32 comments:

  1. hensem2 n cantik2 famili sultan azlan nih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas segala penjelasan. Tahniah...
    *sedang juga mencari susur-galur dinasti Phra Dintra (Thailand)*...

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak dengar keturunan gamuda twister ni. Cepat sikitlah Tuan CM.

    ReplyDelete
  4. masih menunggu lagi. ada cerita dengan dinasti? apa cerita dengan raja ahmad nazim? apa cerita dengan isteri sultan azlan?

    ReplyDelete
  5. elok jugak sultan azlan pilih raja nazrin jd raja muda, klau bagi kt raja jaafar, cam tak sesuai pulak....masing2 dah tau cmner perangai raja jaafar...

    ReplyDelete
  6. macam ni la blogger yg kita mahu..fakta!

    ReplyDelete
  7. raja shuib @ raja shuibah yang tidak diketahui jantina???tak faham...

    ReplyDelete
  8. salam tuan..
    tahu tak susur galur megat panji alam..berminat sgt nak tahu..
    kalu tahu bolehla kongsi2 jugak yer..
    mekasih.. :)

    ReplyDelete
  9. apa cerita pula dgn Atan Bin Hashim a.k.a Sultan Azlan

    ReplyDelete
  10. tak penah jumpe pun raja ahmad nazim. handsome sgttttttt..

    ReplyDelete
  11. hari nie tak buat kerja kat opis, dok baca salasilah sultan perak...teman org perak..terbaek bro..fakta!

    ReplyDelete
  12. Pada tahun 1987 & 1983, mengapa baginda Sultan Idris tidak menamakan Raja Bergelar untuk Raja Kecil Bongsu & Raja Kecil Tengah.

    ReplyDelete
  13. ⓉⓄⒼⒺⓁ ⓄⓃⓁⒾⓃⒺ

    Untuk Anda pecinta 【TOGEL】, yok coba keberuntungan Anda dengan pasang taruhan angka di ⚡BOLAVITA⚡.

    ⚡BOLAVITA⚡, berapapun kemenangan Anda tentunnya akan membayar berapapun yang kamu raih atau dapatkan. Cukup banyak pasaran yang bisa Anda coba pasangkan, salah satunya adalah 𝐒𝐆𝐏 / 𝓼𝓲𝓷𝓰𝓪𝓹𝓸𝓻𝓮 𝓹𝓸𝓸𝓵𝓼.

    Pasaran 𝓼𝓲𝓷𝓰𝓪𝓹𝓸𝓻𝓮 𝓹𝓸𝓸𝓵𝓼 diundi setiap hari (kecuali hari Selasa dan Jumat). Dengan waktu :
    Tutup pasaran : 17.25 WIB
    Buka pasaran : 17.40 WIB

    ⚡BOLAVITA⚡ juga menyediakan berbagai diskon dan hadiah untuk Anda semua :
    𝐃𝐈𝐒𝐊𝐎𝐍 𝐓𝐎𝐆𝐄𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 :
    4D = 66%
    3D = 59%
    2D = 29%

    𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐆𝐄𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 :
    4D x 3000
    3D x 400
    2D x 70

    Buruan daftar dan bermain berbagai pasaran yang hanya ada di ⚡BOLAVITA⚡ dan dapatkan hadiah puluhan juta disini.

    Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi CS Kami Di :
    WA / TELEGRAM : +62812-2222-995
    INSTAGRAM : @bola.vita
    FACEBOOK : @bolavita.ofc
    TWITTER : @BVgaming_net
    LINE : @CS_bolavita

    #TogelOnline #Sgp #Singaporepools #TogelOnlineTerbaik #Bolavita #AgenTogel #AgenTogelTerpercaya #SitusTogelTerpercaya #TogelHongkong #TogelSgp #JudiOnlineTerbaik #JudiOnlinResmi #TogelSgp #TogelHongkong #Togeljitu #TogelHariIni #bandartogel #bocoran togel #togelterlengkap

    ReplyDelete